Wednesday, June 23, 2010

ILMU KEMAHIRAN KEWANGAN

Mempelajari tentang ilmu kewangan terutamanya pelaburan sememangnya menyeronokkan kerana ia sangat praktikal dalam kehidupan seharian kita.. Dengan ilmu ini, kita berupaya memulakan langkah ke arah kekayaan hingga akhir hayat.. Tetapi amat menyedihkan kerana masih ramai yang tidak mempedulikannya..

Dalam masyarakat kita, tanggungjawab menguruskan kewangan biasanya diserahkan kepada kaum adam, manakala kaum hawa hanya bertindak sebagai pemerhati.. Adakah ini bermakna kaum hawa kurang kemahiran untuk menguruskan wang secara berhemah?

Sebenarnya seorang wanita boleh melakukan aktiviti kewangan seperti pelaburan, sebaik orang lelaki, kadang-kadang lebih baik, kerana wanita dikurniakan oleh Tuhan dengan beberapa sifat yang amat sesuai untuk menjadi seorang pelabur.. Bukanlah hanya untuk wanita yang berpendidikan tinggi sahaja, sebaliknya setiap orang mempunyai potensi itu..

Sememangnya masa yang terbaik untuk mula melabur ialah pada usia muda atau masa kanak-kanak.. Sesiapa sahaja yang keliru atau kurang arif tentang asas ilmu kewangan boleh mempelajarinya tanpa mengira tahap pendidikan, IQ atau jantina.. Yang penting ialah, "dimana ada kemahuan, di situ ada jalan".. Bukan sekadar omong kosong, tapi kita harus buktikan..

Bagi yang sudah berpangkat "datuk" atau "senior citizen", anda juga harus belajar melabur dan mengajarkan ilmu kewangan kepada golongan muda.. Supaya mereka lebih banyak menyimpan daripada menghabiskan wang untuk perkara-perkara yang kurang berfaedah.. Kerana sistem pendidikan di negara kita ketika ini, baik di peringkat rendah atau menengah, kurang menerapkan salah satu ilmu praktikal yang amat penting - iaitu ilmu kewangan terutamanya pelaburan..

Kita perlulah menyedari implikasi yang akan berlaku apabila kewangan peribadi tidak dirancang dengan sempurna.. Kesan yang paling ketara ialah wujudnya tekanan hidup, seterusnya perselisihan faham antara pasangan dan ahli keluarga, sehingga boleh membawa pergaduhan atau perceraian.. Bertambah lagi stress.. Akibatnya kesihatan terjejas, yang mungkin membawa kepada rawatan perubatan jangka panjang dan kematian.. Jika kematian berlaku, masalah kewangan ini mungkin tidak berhenti di situ sahaja, ia mungkin diperturunkan pula kepada waris-waris terdekat..

Adakah itu yang kita mahukan untuk orang-orang tersayang? Tentu tidak bukan...